fbpx

Pemohon UPUOnline dikecualikan bayaran proses nombor unik ID BSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Berita itu dikongsi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, wang proses bagi mendapatkan nombor unik ID adalah RM15.60.

Noraini berkata, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurutnya, ia sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Justeru, melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my,” katanya.

Noraini berkata, KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Katanya, permohonan bagi UPUOnline dibuka pada 4 Januari lalu hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); lepasan matrikulasi dan lepasan diploma.

Lepasan SPM boleh mula berbuat demikian mulai 21 Mac hingga 31 Mac manakala lepasan STPM, STAM dan Asasi dari 16 Mac hingga 31 Mac.

“Bagi lepasan matrikulasi pula, pelajar boleh buat pilihan program pengajian pada 23 Mac hingga 31 Mac manakala lepasan diploma dan setaraf esok hingga 31 Mac depan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI