fbpx

Sambung pengajian, Syed Saddiq pulang gaji MP bulan Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq membuat persiapan untuk berangkat ke Singapura bagi menyambung pengajian.

MUAR- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia menyerahkan sepenuhnya gaji pada bulan ini sebagai wakil rakyat bagi kegunaan pihak Parlimen.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan ekoran beranggapan khidmat dirinya yang akan lebih tertumpu di negara Singapura bagi meneruskan pengajian di sana.

“Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di Universiti Nasional Singapore (NUS) dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh.

“Sejak September 2020 saya telah mulakan Kursus Eksekutif dalam Polisi Awam di NUS. Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian, tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura.

Saya akan berada di sana selama sebulan, bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata, justeru sebagai rasa tanggungjawab, beliau nekad untuk memulangkan gaji sebagai wakil rakyat pada bulan Mac.

“Saya juga dengan rendah diri akan mengembalikan gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan Parlimen Muar sepanjang saya di Singapura.

“Saya tak layak menerima bayaran ini semasa saya dalam tempoh pengajian penuh di sana. Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat.

“Saya harap pengajian saya dalam bidang Polisi Awam ini dapat menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, sejak pengisytiharan darurat, pihak Parlimen Muar telah berjaya mengagihkan komputer riba dan tablet kepada lebih 765 buah keluarga, manakala 5,500 keuarga menerima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.

Katanya, usaha itu tetap akan diteruskan oleh Pejabat Parlimen Muar sepanjang beliau berada di negara republik itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI