fbpx

Penganggur didakwa rogol remaja bawah umur hingga lahir anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohamad Adli Mohamed Kamil (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan tahun lalu. -Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di Kampung Tanjung, Pasir Tumboh di sini pada Mac tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Adli Mohamed Kamil, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah bilik di Kampung Tanjung, Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 11 malam pada bulan Mac tahum lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela.

Sharifah Amirda Shasha meminta supaya tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dalam kes tersebut.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah menetapkan jaminan kerana dia berjanji untuk berkahwin dengan mangsa selepas remaja itu melahirkan anak.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ditetapkan dan kes disebut semula pada 6 April depan.

Difahamkan, mangsa sudah melahirkan bayi perempuan pada awal Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI