PARIS – BIlionair Perancis, Olivier Dassault terbunuh dalam nahas helikopter semalam.
Dassault,69, merupakan ahli politik dan ahli keluarga Dassault yang terlibat dalam pembuatan pesawat Perancis.
Beliau meninggal dunia sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) apabila helikopternya terhempas dekat Deauville di utara Perancis, kata sumber penyiasatan dan Parlimen.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan dalam satu kenyataan di Twitter bahawa: “Olivier Dassault cintakan Perancis. Seorang ketua industri, wakil rakyat, komander simpanan tentera utara, pendek kata, sepanjang hidupnya, mendiang tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara ini.”
Macron menyifatkan kematian Dassault sebagai kehilangan besar untuk negara dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. – AFP