fbpx

Penyudah tumpul kecewakan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN tewas pada aksi pembukaan Liga Premier di laman sendiri selepas tunduk kepada Perak II 0-1 kelmarin.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

 

PENGENDALI Kelantan FC, Marco Ragini kecewa dengan ketumpulan penyudah pasukan itu yang gagal memanfaatkan setiap peluang terhidang sehingga tewas dengan jaringan tipis 0-1 kepada Perak II FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Ragini berkata, sekiranya Jack Hindle berjaya menyudahkan sepakan penalti minit ke-52, dia yakin corak persembahan The Red Warriors (TRW) akan berubah sekali gus memberi keputusan yang positif buat pasukan.

Menurutnya, bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan oleh barisan pemain turut mempengaruhi rentak perlawanan Kelantan FC.

“Kita ada membuat beberapa pertukaran tetapi tidak membuahkan hasil.

“Kita tidak bernasib baik kerana melepaskan gol itu. TRW tidak menjaringkan sepakan penalti, namun daripada sudut positif saya tahu kelab ini mempunyai karakter yang bagus,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan itu kelmarin.

Dalam aksi itu, Mohd. Hakimi Mat Isa menghadiahkan kemenangan buat Perak II FC apabila meledak jaringan tunggal pada minit ke-49 menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang TRW, Nik Mohd Amin Ahmad.

Mengulas lanjut, Ragini tanpa berselindung memberitahu, dia tetap optimis barisan pemain TRW akan untuk menemui rentak sebenar pada perlawanan akan datang.

Katanya, dia akan berusaha memberikan tunjuk ajar dengan cara paling mudah bagi memastikan barisan pemain dapat menerima corak permainan yang diterapkan dengan sebaik mungkin.

“Kita akan mulakan daripada asas dan saya yakin dalam perlawanan seterusnya Kelantan FC akan jadi lebih baik.

“Bagi saya, skuad skuad TRW sudah bermain dengan baik. Pasukan juga menunjukkan semangat melawan dan memberi komitmen 100 peratus cuma ia belum cukup ketika ini,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI