fbpx

Instafamous jelita didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA –  Seorang ‘instafamous’ jelita  akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok atas kesalahan memiliki produk kosmetik yang tidak bernotifikasi.

Berdasarkan senarai kes, difahamkan ‘instafamous’ berusia awal 30-an itu akan didakwa atas lima pertuduhan di bawah Peraturan 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Kesalahan itu ialah Peraturan 18A(15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 dan bagi kesalahan seterusnya RM50,000 jika sabit kesalahan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI