fbpx

Lelaki maut ditimpa jengkaut yang dipandunya sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas ditimpa jengkaut yang dipandunya terbalik, hari ini.

BATU PAHAT – Seorang pemandu jengkaut maut ditimpa jentera berat yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Simpang Lima , Seri Sulong di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Najib Husin, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd. Saiful Naim Imam dan berusia 32 tahun.

Menururnya, mangsa tersepit di bahagian sisi tempat duduk pemandu dan pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan jalan raya dan sebuah jentera FRT serta jentera EMRS dari BBP Batu Pahat dengan kekuatan keseluruhan
seramai tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah jentera berat dan PKO bertindak mengeluarkan mangsa,” ujarnya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan kira-kira pukul 3.15 petang. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI