fbpx

Kampung Tringgus dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 21 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

“Sehingga 7 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 596 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 37 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah yang sepatutnya tamat esok pula dilanjutkan sehingga 22 Mac 2021.

“Ekoran itu, KKM telah melaksanakan 319 ujian saringan di kawasan tersebut dan sebanyak 26 kes positif Covid-19 direkodkan.

“KKM mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan dan kes positif masih dilaporkan di situ,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Bahagian Kuching, Sarawak tamat esok seperti dijadualkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya.

Terdahulu, katanya, seramai 442 individu ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam dan 430 daripada mereka dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

Jelas beliau, antara kesalahan direkodkan 144 berkaitan aktiviti pusat hiburan, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (88), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (80).

“Tidak memakai pelitup muka (71), premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (8) dan lain-lain (51),” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI