BENTONG – Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari di sini yang dijadualkan menduduki peperiksaan esok dikejutkan dengan seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19, semalam.
Pelajar yang berasal dari Kampung Ulu Perting berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan susulan dia bergejala.
Difahamkan pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut dan sanitasi turut dilakukan di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun peperiksaan STPM yang dijadualkan di sekolah itu esok tetap dilangsungkan seperti biasa.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Bahari Awang Ngah berkata, hanya seorang pelajar disahkan positif Covid-19 di dan tiada pelajar lain yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pelajar terbabit. -K!ONLINE