fbpx

Calon SPM antara dua pelajar ditahan merempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang ditahan kerana kerana berlumba di Jalan Labu Kubong di Chenderong Balai dekat Teluk Intan, semalam. /Foto Ihsan PDRM

TELUK INTAN – Dua pelajar lelaki termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis kerana berlumba di Jalan Labu Kubong di Chenderong Balai dekat sini semalam.

Remaja berusia 15 dan 18 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hilir Perak dalam operasi selama empat jam berakhir 8 malam.

Ketua JSPT Perak, Superintendan Zakaria Abd. Rahman berkata, dua remaja itu ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan laju dan berbahaya dengan membuat aksi wheelie dan zig-zag.

Katanya, kedua-duanya berlumba dalam jarak lima kilometer dari Pekan Labu Kubong hingga ke lokasi mereka ditangkap.

“Siasatan mendapati kedua-dua remaja itu masih bersekolah dengan seorang daripada yang ditahan itu sedang menduduki peperiksaan SPM.

“Mereka memberi alasan berada di lokasi tersebut kerana mahu keluar berjumpa rakan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua remaja itu kemudiannya dibawa balik ke IPD Hilir Perak untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu katanya, dalam operasi itu, 14 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran dan cermin sisi tidak mengikut spesifikasi serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI