fbpx

Sistem perairan di Paya Kemat dan Matang dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tiga dari kiri) sedang memantau projek naik taraf sistem pengairan sawah Kampung Matang di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seramai 42 pesawah padi Paya Kemat dan Matang di sini boleh tersenyum apabila projek naik taraf skim pengairan kawasan masing-masing bakal siap sepenuhnya pada bulan Julai depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, projek naik taraf pengairan sepanjang 6.1 kilometer itu melibatkan peruntukan RM7.5 juta daripada kerajaan Persekutuan.

“Projek naik taraf ini disasar untuk menjadikan sistem pengairan di Paya Kemat dan Matang lebih efisien sekali gus meningkatkan pengeluaran padi di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Harapan kita agar pengeluaran padi di kawasan terlibat seluas kira-kira 116 hektar dapat ditingkatkan berlipat ganda berbanding cuma 4.1 tan pada masa ini,” katanya ketika memantau perkembangan projek pengairan tersebut di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Kelompok Unit Peladang Matang, Omar Mat Amin.

Ahmad berkata, projek naik taraf sistem pengairan berkenaan sepatutnya siap pada bulan Mei depan tetapi terpaksa ditangguhkan selama dua bulan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penuaian tidak lama lagi.

Jelas beliau, sewaktu musim penuaian, air di sistem pengairan sawah padi terpaksa dikeringkan menyebabkan projek naik taraf terpaksa dihentikan seketika. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI