fbpx

Miera Leyana tidak berniat sorokkan kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miera dan Rosland disatukan pada 26 Julai tahun lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Miera Leyana yang kini sedang hamil tujuh bulan mendedahkan dia sebenarnya tidak berniat untuk menyembunyikan perihal kehamilannya kepada umum.

Hal ini kerana, pemilik nama penuh Miera Leyana Seri Kasmi, 28, itu mengikut pesanan orang tua agar menunggu kandungan sihat dan kuat sebelum mendedahkan kepada umum.

“Saya tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan pertama ini, namun hanya mengikut nasihat orang tua yang ingin menunggu sehingga kandungan cukup kuat. Tetapi, memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi pada tahun lalu, tidak sangka berita gembira ini dikongsikan pada tempoh kehamilan yang memasuki trimester ketiga.

“Apa yang peliknya, alahan datang ketika kandungan semakin sarat. Pada awal kehamilan, tidak pula begini. Sekarang saya cepat penat dan tidur petang untuk mendapatkan tenaga.

“Tidaklah berubah sehingga menjadi orang lain, saya masih lagi Miera Liyana yang sama. Sikap ‘gila-gila’ masih ada, cuma lebih matang berbanding dulu. Tidak lama lagi saya bakal menukar status kepada ibu pula,” kata Miera kepada K! Online.

Memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun bukan bermakna aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu ‘buta hati’, sebaliknya itu adalah pilihannya, mahukan lelaki yang matang.

Dikurniakan hidup serba sempurna, hanya satu keinginan Miera untuk mempunyai suami yang mampu membimbing dan membawanya ke syurga.

Miera dan suaminya Rosland Othman, 48, disatukan pada 26 Julai tahun lalu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Malam berinai pula meriah bak persembahan teater dengan acara tari menari berlangsung di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan.

“Memandangkan saya sedang sarat, jadi saya kini lebih selesa tinggal bersama keluarga kerana sekurang-kurangnya adik dan ibu dapat memantau saya. Apatah lagi ini adalah kehamilan sulung saya, banyak benda yang perlu dipelajari.

“Tidak merancang dari segi zuriat, saya dan suami menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah. Alhamdulillah. Doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat saya,” kata Miera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI