fbpx

NSFC kejutkan JDT II dengan kemenangan 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaquan (kanan) berjaya menjaringkan satu gol buat NSFC untuk membantu pasukan menang 2-1 ke atas JDT II malam ini. Foto oleh Johor Southern Tigers.

SEREMBAN – K. Devan menunjukkan magisnya apabila berjaya memimpin Negeri Sembilan FC (NSFC), menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 pada aksi sulung Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini sebentar tadi.

Beraksi ketika waktu hujan memberi peluang kepada pasukan NSFC menggunakan peluang sebaik mungkin di tempat sendiri.

Gol pertama NSFC dijaringkan oleh Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-23 pada sepakan penalti.

Pada minit ke-45 JDT II berjaya menyamakan kedudukan apabila Mohamad Rafiefikri Mohd. Rosman berjaya menjaringkan gol sebaik sahaja masa di tambah dua minit.

Tidak selesa dengan kedudukan itu serangan bertalu-talu NSFC membuahkan hasil apabila diberi peluang untuk sepakan penalti.

Gol kedua minit pada ke-51 itu dijaringkan oleh Alain Thierry Akono Akono.

Cubaan pasukan JDT II untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil walaupun mendapat masa tambahan 4 minit.

NSFC peroleh 3 mata hasil kemenangan pertama. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI