fbpx

Rita nasihatkan ‘geng’, jangan sedih tanpa lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap minggu pasti ada sahaja berita tentang Rita Rudaini sampai ada dakwa dia gila talak. Tak baik!

Macam-macam luahan yang dikongsi aktres itu dalam Instagramnya.

Kali ini, dia berkongsi pula perasaan dan nasihat kepada golongan ibu tunggal.

Rita yang sudah menjanda sejak tahun 2013 itu memberitahu dia reda bergelar ibu tunggal kerana yakin aturan Allah SWT adalah sebaik-baiknya.

“Kenapa saya masih solo sehingga sekarang, kerana saya sedang menikmati hadiah daripada-Nya. Anak dan suami hanya pinjaman,” tulis Rita.

Ada benarnya apa yang dikatakan Rita kerana apa sahaja yang ada di dunia hanyalah pinjaman dan bukan bersifat kekal. Harap perkongsian pelakon filem Mami Jarum itu dapat memberi semangat kepada ibu tunggal di luar sana.

DIVA: Simpati pula dengan nasib Shuk Sahar. Sudahlah tong air jualan kena sepak sampai berterabur, dikecam pula konon-kononnya sengaja cipta publisiti murahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI