fbpx

Hsien Loong angkat sumpah PM Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hsien Loong.

SINGAPURA – Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura di Istana hari ini.

Menurut portal berita Singapura, upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Hsein Loong, 68, mengumumkan barisan kabinet baharunya pada 25 Julai lalu selepas parti diterajuinya mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum republik itu pada 10 Julai lalu.

PAP yang diterajui Hsein Loong memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Ia merupakan pilihan raya umum keempat beliau bertanding.

Portal berkenaan turut memaklumkan Heng Swee Keat kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta menggalas tanggungjawab tambahan selaku Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.

Dua menteri kanan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai  Menteri  Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras Dasar-dasar Sosial.

Dalam kabinet baharu, terdapat 37 pemegang jawatan kesemuanya, sama seperti barisan 2015, termasuk Menteri Negara dan Setiausaha Parlimen.

Selain daripada Pejabat Perdana Menteri, ada 15 kementerian lain. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI