fbpx

United mahu lebih realistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan masalah ketumpulan jentera serangan sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka banyak mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri. – AFP

MANCHESTER – Kelebihan 14 mata yang dimiliki seteru setempat, Manchester City menyebabkan Manchester United percaya bahawa kemenangan pada perlawanan tersebut nanti bukanlah suatu yang memberikan banyak perubahan.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa City kini selesa dengan kelebihan 14 mata dan mereka akan turun pada aksi tersebut dengan pendekatan yang lebih realistik biarpun berharap untuk meraih kemenangan.

“Fokus kami ketika ini adalah perlawanan demi perlawanan dan bukan mengenai bagaimana kami akan akhiri musim ini. Kami cuma mahu memberikan yang terbaik dan cuba memperbaiki kedudukan berbanding musim lalu.

“Itu bermakna, kami cuba untuk memperbaiki kedudukan dalam carta, menambah lebih mata berbanding musim lalu, menjadi pencabar, mara ke pentas final kejohanan dan kemudian memenangi trofi.

“Apa yang pasukan lain mampu lakukan, ia di luar kawalan kami. Mereka (City) di hadapan kami dengan jurang yang besar dan aksi ini akan menjadi ujian terbaik untuk pasukan kami.

“Kami mahu cuba merapatkan kedudukan tetapi ia perlu rea­listik. Mereka melalui saat yang menakjubkan menerusi 21 kemenangan tetapi kami juga memiliki rekod 21 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan. Akan ada rekod yang bakal dipecahkan, kita sama-sama nantikan.

“Masih ada 11 perlawanan liga musim ini. Saya selalu bercakap, selepas Mac dan April baharu kita akan bercakap mengenai gelaran,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI