fbpx

Komplot singkirkan West Brom – Allardyce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLARDYCE menganggap susunan jadual perlawanan memberi tekanan kepada West Brom yang dalam misi untuk kekal di saingan EPL musim depan. – AFP

WEST BROMWICH – Pengurus West Bromwich Albion, Sam Allardyce mengakui bengang dengan pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) berhubung susunan jadual perlawanan.

Jurulatih berpengalaman itu mendakwa Liga Perdana mempunyai niat untuk menyingkirkan pasukan tersebut ke Liga Kejuaraan musim depan jika dilihat pada jadual perlawanan yang diatur.

The Baggies akan melayan kunjungan Newcastle United di The Hawthorns malam ini, ha­nya sehari selepas mereka menentang Everton Jumaat lalu.

“Kami bertanya kepada pe­ngurusan liga sama ada perlawanan boleh ditunda ke Isnin, mereka tidak membenarkannya. Kami tidak boleh berbuat apa-apa.

“Terima kasih Liga Perdana, anda akan membantu kami untuk tersingkir musim ini. Mereka sepatutnya boleh me­ngubah jadual perlawanan tetapi cadangan kami tidak diendahkan,” ujar beliau.

Bagaimanapun, bekas pe­ngurus England itu tetap berharap anak-anak buahnya menampilkan aksi terbaik selain cuba memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

“Sekiranya menang, kami hanya dibezakan enam mata dengan Newcastle, namun jika kalah, perbezaan akan menjadi 12 mata. Oleh itu, perlawanan ini sangat penting dan diharapkan semua pemain sedar me­ngenai pentingnya untuk menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI