fbpx

RM10 juta laksana projek Jiwa Murni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri meletakkan bata sebagai gimik pembinaan rumah di bawah projek Jiwa Murni di Kuala Triang, Bera hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

BERA – Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan projek Jiwa Murni yang melibatkan angkatan tentera termasuklah membina rumah kepada penduduk memerlukan di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Pèrtahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini Tentera Darat Malaysia telah merancang dan mengenal pasti pelbagai projek Jiwa Murni yang akan dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat.

“Pada tahun ini Angkatan Tentera Malaysia menetapkan sekurang-kurangnya 50 projek dapat dilaksanakan di seluruh negara membabitkan pelbagai projek dikenalpasti yang dijangka bertambah berdasarkan keperluan semasa.

“Dari keseluruhan projek tersebut setakat ini 38 peratus telah disiapkan manakala sebanyak 40 peratus sedang dalam kerja-kerja pembinaan dan bakinya 22 peratus pula akan dilaksanakan,”katanya sempena lawatan ke tapak projek Jiwa Murni di Kuala Triang di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri dalam melaksanakan program Jiwa Murni ini, sebanyak RM2.5 juta peruntukan tambahan diterima daripada semua kerajaan negeri termasuk Sarawak yang menyumbangkan sebanyak RM1.5 juta

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan rumah baharu beliau berkata, rumah tiga bilik bernilai RM65,000 itu dijangka disiapkan dalam tempoh 50 hari.

“Projek ini melibatkan seorang pegawai dan 18 anggota dari pasukan Skuadron ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanise) dibantu 10 anggota pasukan Rejimen ke-34 Artileri Diraja,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI