fbpx

Cecah usia 40, Yatt Hamzah hamil anak keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yatt bersama anak-anaknya.

PETALING JAYA – Berusia 40 tahun dan pernah keguguran ketika kehamilan kelimanya pada September tahun lalu, bukan penghalang untuk pelakon Yatt Hamzah untuk mengandung lagi buat kali keenam.

Sedang hamil lima bulan, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah menerusi Instagram memberitahu bahawa, tidak sabar menantikan kehadiran keluarga baharu yang dijangka lahir Julai depan.

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Alhamdulillah kehamilan keenam pada usia 40 tahun.

“Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan), patutnya dah boleh tahu jantina bayi kan? Rasanya bayi perempuan lagi ke atau lelaki.

“Apa pun Allah bagi, bonda terima sahaja alhamdulillah. Tak tahulah abahnya,” tulisnya.

Menurut Yatt lagi, dia berharap keadaan dirinya terus kuat biarpun kadangkala berasa lemah dan sering mengalami masalah sakit pinggang.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pelakon yang juga usahawan itu dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan.

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.

Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI