fbpx

Enam orang eksploitasi kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menahan enam orang warga tempatan dipercayai mengeksploitasi 38 orang kanak-kanak warga Myanmar sebagai pekerja dalam beberapa serbuan premis kilang di Selayang pada 14 Januari lalu.

Serbuan dilakukan pada pukul 8.30 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian D3 Pencegahan Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata, penahanan tiga lelaki dan tiga wanita terbabit berusia antara 21 hingga 41 tahun yang disyaki berperanan sebagai majikan dan pemilik kilang, selain penyelia, pembantu dan penjaga.

“Hasil serbuan tersebut, kesemua kanak-kanak tersebut berusia antara 13 hingga 18 tahun berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Rembau, Negeri Sembilan dan juga Rumah Perlindungan Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 atau Akta 670 kerana disyaki menggaji dan melakukan eksploitasi kerja paksa terhadap 38 orang mangsa di bawah umur.

“Pada 4 Mac lalu, tiga suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang (ATIP) di Klang, di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 atau Akta 670 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan 35 pertuduhan.

“Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah dan Mahkamah telah menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan kes telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 April depan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI