fbpx

‘Menyedihkan dan menyakitkan hati saya’ – Siti Zailah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah

PUTRAJAYA – “Berita yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya.

Itu reaksi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff susulan pembunuhan kejam seorang wanita yang mayatnya ditemui tertanam dalam sebuah tong air di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Johor Bahru, pagi Khamis lalu.

Siti Zailah menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan pembunuh akan dihukum seadilnya.

“Sekiranya anda menjadi mangsa keganasan rumahtangga atau mengetahui maklumat berkaitan wanita yang menjadi mangsa, anda boleh laporkan kepada pihak polis dengan segera.

“Wanita yang menjadi mangsa keganasan boleh pergi ke mana-mana hospital terdekat untuk rawatan kerana hasil laporan rawatan adalah bukti penting untuk pendakwaan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keganasan dan isu penderaan boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 0192615999 untuk bantuan dan sokongan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI