fbpx

Dua lelaki bertumbuk dilepaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan pergaduhan antara penunggang motosikal dengan seorang pemandu teksi di Jalan Mutiara Damansara petang semalam.

PETALING JAYA – Dua lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan di di tepi Jalan Mutiara Damansara, di sini semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus apabila penunggang motosikal warga tempatan berusia 46 tahun membunyikan hon kepada pemandu teksi juga warga tempatan berusia 71 tahun.

“Penunggang motor terbabit mendakwa pemandu teksi tersebut telah memotong laluan secara melulu tanpa memberikan isyarat.

“Setibanya di lampu isyarat pengadu tersebut telah menegur pemandu teksi itu kerana memandu dalam keadaan yang membahayakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanee, setelah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka, penunggang motosikal terbabit mengetuk cermin pemandu teksi itu supaya berhenti dan menyelesaikan perkara tersebut.

Katanya, kedua-dua suspek diberi jamin polis pada awal pagi tadi memandangkan salah seorang suspek berusia 71 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 serta 160 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan gaduh gempar,” tegas beliau.

Terdahulu, tular satu video tular di media sosial memaparkan dua orang lelaki bergaduh di tepi Jalan Mutiara Damansara, di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.20 petang semalam itu melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Demak dan seorang pemandu teksi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI