fbpx

Dooley tiada masa untuk ‘pening kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOOLEY (dua dari kanan) bersama pengurusan pasukan Sri Pahang FC ketika melancarkan jersi rasmi Tok Gajah untuk saingan Liga M musim ini.

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley tentunya ‘pe­ning kepala’ mencorakkan strategi terbaik untuk menghadapi aksi pembukaan Liga Super 2021 menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Tuah seakan-akan tidak memihak kepada pengendali dari Jerman itu yang kini berdepan kerisauan selepas skuad bim­bingannya ‘diserang’ krisis kecederaan membabitkan ramai watak utama mereka ketika ini.

Antara yang mungkin terpaksa diketepikan untuk aksi bertemu Gergasi Merah malam ini adalah kapten, Lee Tuck serta tiga lagi tenaga import, Herold Goulon, Mamadou Wauge dan Pedro Henrique serta pemain baharu dari Perak FC, Hafiz Ramdan.

Skuad Gergasi Merah pula sudah tentunya akan memastikan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk mencatatkan kemenangan.

“Saya belum pasti dapat menggunakan beberapa pemain dalam kesebelasan utama se­perti Lee (Tuck), Wague dan Goulon, manakala Pedro (Henrique) mendapat kekejangan otot sama seperti Hafiz (Ramdan).

“Situasi seperti ini amat membimbangkan saya kerana berdepan Selangor yang sememangnya merupakan antara pasukan pilihan. Malah, mereka juga mempunyai pemain-pemain import yang cukup berpengalaman dan amat berkualiti sekali,” kata Dooley.

Dooley, 60, turut meluahkan kebimbangannya dalam mengekang tonggak-tonggak import baharu Selangor dari Jerman seperti pemain tengah, Oliver Buff dan dua pertahanan, Manuel Konrad serta Tim Heubach.

“Buff antara perancang terbaik saya jangka dalam sai­ngan Liga Malaysia (Liga M). Begitu juga dengan Konrad dan Heubach yang pernah bermain pada Bundesliga selain turut diperkuatkan dengan beberapa aset skuad kebangsaan,” jelas­nya.

Sebagai rekod, Sri Pahang mempunyai ‘kisah hitam’ di­sebabkan krisis kecederaan menyaksikan skuad Tok Gajah mengharungi kempen mengecewakan dengan menduduki tangga kelapan Liga Super di bawah kendalian Dollah Salleh musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI