fbpx

UiTM FC mahu cipta kejutan pada aksi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN UiTM FC memiliki kemampuan untuk melakukan kejutan ke atas pasukan TFC pada aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

Pasukan UiTM FC tekad mahu melakar kejutan dalam perlawanan pertama menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam malam ini. 

Walaupun turun beraksi tanpa khidmat penyerang dari Ghana, Nana Poku yang dihimpit kecederaan, The Lions Troop tetap mempunyai pilihan lain iaitu penyerang skuad kebangsaan Lebanon, Abou Bakr Al-Mel.

Selain itu, tonggak utama import dari Perancis yang turut menjadi kapten pasukan musim lalu, Victor Nirennold akan memperkuatkan barisan pertahanan.  

Menurut Pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad, hanya dengan kemenangan di laman sendiri mampu menyuntik semangat pasukan untuk mara lebih jauh dalam saingan liga.

“UiTM FC berazam mengekalkan kedudukan dalam enam pasukan teratas Liga Super 2021 pada musim ini. Kita berharap kita dapat melakukan sesuatu pada perlawanan pertama minggu ini.

“Walaupun ada pemain import seperti Nano Poku yang cedera, kita berharap pemain import lain seperti Victor Nirrenold dan Abou Bakr Mel dapat memberi saingan kepada Terengganu FC,” katanya selepas majlis pengenalan pasukan dan jersi UiTM FC di Stadium UiTM secara maya, semalam.

Mustaza menegaskan, pasukan UiTM FC juga berazam untuk sekali lagi layak ke Piala Malaysia dan menyasarkan tempat ke suku akhir.

Mengulas mengenai norma baharu pertandingan secara gelembung sukan, beliau berkata, pihaknya sebagai tuan rumah sudah lama bersedia untuk menjayakannya.

“Apa yang pasti kita berharap kesemua pemain dan pengurusan yang terlibat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Kita tidak mahu didenda disebabkan ada pihak yang melanggar SOP sepanjang perlawanan bola sepak secara gelembung sukan dijalankan,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI