fbpx

Kilang kitar semula didenda RM75,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILANG kitar semula plastik terpakai di Seksyen U9, Shah Alam ini didenda RM75,000 selepas didapati bersalah beroperasi tanpa kelulusan.

SHAH ALAM – Tindakan sebuah kilang kitar semula plastik terpakai beroperasi tanpa kelulusan sehingga mencemarkan udara membawa padah apabila denda RM75,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman ke atas syarikat yang diwakili pengarahnya yang berusia 47 tahun, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama, kilang yang beroperasi di Seksyen U9, Shah Alam sejak Mei 2016 itu didakwa telah menjalankan aktiviti kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) pada 16 Ogos 2019.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Syarikat tersebut juga dituduh gagal mengemukakan Pemberitahuan Bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai punca pencemaran udara seperti kehendak di bawah Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataannya berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar.

Orang awam boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI