fbpx

Pelajar tingkat empat maut jatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Ammar Izzat yang terjatuh dari Jambatan Sungai Kampung Teladas, Air Putih dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Mayat remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu ditemui di bawah Jambatan Sungai Kampung Teladas dekat sini hari ini.

Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sebelum tercampak ke dalam sungai itu ditemui pada pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih tersebut dijumpai bersama motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai ditunggangnya.

“Mayat mangsa bersama motosikalnya ditemui pada celah longgokan kayu yang terdapat di bawah jambatan berkenaan.

“Sebelum itu, kami menerima laporan mangsa tidak pulang ke rumahnya di Kampung Teladas sejak malam kelmarin (Rabu lalu) daripada ahli keluarganya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemeriksaan pada mayat Muhammad Ammar Izzat mendapati remaja berkenaan mengalami kecederaan parah pada bahagian dada.

Tambah beliau, siasatan awal percaya remaja itu sedang menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian sebelum hilang kawalan lalu terbabas terjunam ke dalam sungai sewaktu melalui jambatan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI