fbpx

Kanak-kanak cari ibu kandung bernama Kamariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazoriah Mohd. Nordin (kiri) bersama anak angkatnya, Nur Alya Umairah Abdullah yang mencari ibu kandungnya bernama Kamariah untuk memudahkan urusan permohonan MyKad pada tahun depan.

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Nur Alya Umairah Abdullah berharap dapat bertemu ibu kandungnya yang hanya dikenali sebagai Kamariah bagi melancarkan permohonan mendapatkan MyKad pada tahun hadapan.

Nur Alya Umairah diambil sebagai anak angkat oleh peniaga kedai makan, Nazoriah Mohd. Nordin, 38, sejak dia berusia sebulan dan tinggal bersama keluarga wanita itu di Kampung Ragu di sini sehingga sekarang.

Nazoriah berkata, dia runsing apabila mendapat tahu Nur Alya Umairah dikehendaki mendapatkan persetujuan ibu kandung secara rasmi terlebih dahulu bagi memudahkan proses mendapatkan MyKad.

“Baru-baru ini, saya berjumpa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk proses perakuan anak angkat secara sah dan mereka menyarankan saya mengesan ibu kandungnya bagi memudahkan prosedur.

“Bagaimanapun, ibu kandungnya yang hanya dikenali sebagai Kamariah menghilangkan diri begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita selepas menyerahkan Nur Alya Umairah kira-kira 11 tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nazoriah berkata, Nur Alya Umairah ditinggalkan ibu kandungnya, Kamariah, dipercayai berusia 30-an selepas hampir sebulan bayi itu dilahirkan.

“Kamariah menyerahkan bayi itu kepada adik saya, sebelum saya mengambil keputusan untuk menjaganya.

“Kali terakhir saya bertemu Kamariah ketika dia menyerahkan bayinya. Dia sempat berpesan supaya jangan mencarinya lagi kerana tidak mahu mempunyI kaitan dengan kami atau bayinya sendiri,” katanya.

Nazoriah yang turut mempunyai dua anak perempuan kandung berkata, Nur Alya Umaira kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian di sini.

Katanya, dia merupakan merupakan murid pintar dan gusar memikirkan masalah pada masa akan datang jika kanak-kanak itu tidak mempunyai MyKad.

“Kami tidak tahu ke mana Kamariah menghilang dan tidak mengenali ahli keluarganya. Kamariah juga tidak memberi nombor telefon atau alamat untuk membolehkan dia dihubungi.

“Kami berharap Kamariah sudi berjumpa kami bagi melancarkan urusan ini,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI