fbpx

Tiga tonggak kembali perkuat The Saints

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO bakal kembali memperkuatkan Southampton bertemu Sheffield malam ini selepas pulih daripada masalah kecederaan. - AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl menarik nafas lega kerana bakal diperkuatkan semula dengan kehadiran tiga pemain utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sheffield United di Stadium Bramall Lane malam ini.

Berita itu sememangnya memberikan rangsangan terbaik buat The Saints dalam misi untuk menamatkan kemarau sembilan perlawanan EPL tanpa kemenangan sejak kali terakhir meraih tiga mata ketika menewaskan Liverpool 1-0 pada 5 Januari lalu.

Justeru, Hasenhuttl, 54, menganggap aksi berdepan Sheffield adalah peluang keemasan yang tidak seharusnya disia-siakan selepas sekadar mengutip satu mata sahaja dalam sembilan perlawanan tersebut sewaktu seri 1-1 dengan Chelsea pada 20 Februari lalu.

“Kami berdepan banyak krisis kecederaan sepanjang musim ini. Saya tiada pilihan selain bergantung harapan kepada pemain-pemain muda untuk mengisi kekosongan itu.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu mengharapkan pemain-pemain muda untuk mengubah situasi pasukan ketika ini. Saya perlukan skuad yang lebih besar jika mahu bersaing dengan pasukan-pasukan besar di sini (EPL).

“Ibra (Ibrahima Diallo), Taki (Takumi Minamino) dan Kyle (Walker-Peters) kembali menjalani latihan bersama skuad utama. Ia adalah satu petanda yang bagus buat kami untuk menghadapi perlawanan bertemu Sheffield,” katanya.

Bagaimanapun, Hasenhuttl masih tidak dapat menggunakan beberapa khidmat pemain utama yang lain seperti penyerang pinjaman daripada Everton, Theo Walcott, Mousse Djenepo, Oriol Romeu, Will Smallbone dan Michael Obafemi.

Sebagai rekod, Southampton ketika ini berada dalam zon bahaya apabila menduduki tangga ke-14 dengan 30 mata, tujuh mata sahaja lagi dengan pasukan ketiga tercorot dalam kelompok penyingkiran liga, Fulham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI