fbpx

Pusat refleksologi tawar khidmat pelacuran diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian wanita yang disyaki pelacur ditahan dalam serbuan di Taman Usahawan Kepong semalam.

PETALING JAYA – Taktik licik sindiket pelacuran yang berselidung disebalik pusat refleksologi terbongkar apabila premis yang terletak di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur diserbu semalam.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Penguatkusaan (JPK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya menahan enam wanita warga Vietnam disyaki pelacur dan seorang penjaga premis warga tempatan.

Turut ditahan dalam serbuan bermula kira-kira pukul 6 petang itu adalah empat lelaki tempatan berusia 33 hingga 51 tahun.

Pengarah JPK DBKL, Osman Ismail berkata, serbuan itu turut disertai oleh pegawai dan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, premis tersebut beroperasi sebagai pusat urutan, namun pada masa sama turut menawarkan khidmat pelacuran.

“Terdapat 16 bilik yang dibina menggunakan sekatan dipercayai digunakan untuk aktiviti urutan dan khidmat pelacuran sebelum kita bertindak merobohnya.

“Selain menahan 11 individu pihaknya turut merampas pelbagai barangan antaranya kondom dan peralatan audio, televisyen litar tertutup (CCTV) dan pelbagai peralatan lain,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Osman, premis berkenaan turut dikenakan arahan tutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Sealed) dan Notis Kompaun UUK 3 (1) Undang undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

“Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI