fbpx

Padah buat laporan palsu hilang Mykad lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Gara-gara membuat laporan palsu mendakwa disamun bagi mengelak didenda kerana kehilangan Mykad kali kelima, seorang jurujual di Butterworth di sini menerima padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek lelaki yang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.40 petang selepas polis mendapati keterangan yang diberikan kakaknya berbeza.

“Isnin lalu suspek membuat laporan bahawa dia disamun dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di Bagan Ajam, Butterworth sambil mendakwa kehilangan Mykad, kad bank dan wang tunai kira-kira RM30.

“Bagaimanapun siastan ke atas saksi iaitu kakaknya mendapati suspek membuat laporan sedemikian kerana takut didenda Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan sudah empat kali kehilangan kad pengenalan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Difahamkan, suspek mahu mengelak daripada membayar denda sebanyak RM1,010 yang dikenakan oleh JPN bagi kehilangan MyKad kali ketiga dan ke atas.

Katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI