fbpx

73 ‘surat cinta’ dikeluarkan angkara ekzos bingit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Trafik sedang melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal di Lebuh Raya EDL, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Polis mengeluarkan sebanyak 73 saman di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dalam Op Khas (Kesalahan Bunyi Bising) di Kilometer 6.6, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berkata, sebanyak 117 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang dilakukan oleh petugas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

“Dalam operasi tersebut, seramai 146 individu dan sebanyak 117 kenderaan telah diperiksa. Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 73 saman telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan.

“Operasi secara berterusan akan dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan yang telah mengubahsuai ekzos hingga mengeluarkan bunyi yang sangat bising serta menimbulkan rasa tidak selesa kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius mengenai isu pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Operasi selama empat jam yang diketuai Inspektor Suraya Bidi tamat kira-kira pukul 6 petang. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI