PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi ambilan 2021 akan dibuka mulai 15 Mac ini hingga 15 April depan.
Turut dibuka untuk permohonan adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021 serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.
KPM turut mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon tiga program berkenaan.
Menurutnya, pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline.
“Permohonan adalah percuma,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Jelasnya, pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac ini. -K!ONLINE