fbpx

Tragedi bulan Mac berulang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASMAH menunjukkan gambar arwah anaknya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besar, Selangor semalam. – ISKANDAR SHAH MOHAMED

SABAK BERNAM – Seorang suri rumah tidak menyangka tragedi Mac berulang kembali apabila kehilangan seorang lagi anaknya yang maut dalam tragedi runtuhan perancah besi di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Desa Tun Razak di Kuala Lumpur kelmarin.

Mangsa, Nor Hayati Abdullah, 42, merupakan antara dua mang­sa yang meninggal dunia dalam kejadian itu.

Menurut Hasmah Sohor, 77, dia terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang me­nimpa anak bongsu daripada lima beradik itu oleh seorang ahli keluarganya pukul 10 malam kelmarin.

Kali terakhir warga emas itu bertemu Nor Hayati pada 25 Februari lalu.

“Saya masih terkesan dengan pemergian anak ketiga, Laila Hayati, 43, yang meninggal dunia dunia akibat kanser payu dara pada 9 Mac tahun lalu.

“Tiada perkataan yang mampu diungkapkan dengan pemergian dua anak saya ini yang pergi selang setahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerang Belanga, Bagan Terap, Su­ngai Besar di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan dua penumpang wanita maut, manakala tiga yang lain termasuk pemandu parah selepas sebuah van kilang dihempap perancah besi yang terjatuh.

Kejadian berlaku apabila sebuah treler melanggar kerangka besi di kawasan pembinaan jejambat Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menyebabkan rusuk keluli bersama dengan pe­rancah besi terjatuh di kedua-dua laluan di MRR2 dan menghempap van pekerja kilang.

Sementara itu, impian arwah seorang lagi mangsa, Nurina Edwin Abdullah, 47, membeli kereta tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia dalam kejadian sama kelmarin.

Perkara itu diceritakan abang ipar arwah, Muhammad Raffidin Mohd. Jufri, 33, yang memberitahu, wanita itu pernah berhasrat membeli kereta selepas suaminya meninggal dunia pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI