fbpx

Adib mahu buru kejuaraan Cub Prix 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIB (kiri) yang bergambar bersama prinsipal pasukan IPONE Yamaha YY Pang, YY Pang bersedia memburu kejuaraan CP125 pada Kejuaraan Cub Prix musim ini.

JUARA bertahan bagi kategori pasukan kelas CP125, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team telah mengeluarkan senarai rasmi pelumba kelas CP150 dan CP125 untuk mengharungi Kejuaraan Cub Prix musim 2021 yang pada 20 Mac depan.

Dalam usaha pasukan untuk mengekalkan gelaran juara bagi kelas CP125, YY Pang Ra­cing Team telah memilih untuk mengekalkan gandingan Mohd. Adib Rosley dan Mohd. Fareez Afeez tahun ini.

Kata Adib, pengalaman gagal menjuarai kategori pelumba pada kejohanan musim lepas menjadi pengajaran berharga buat pasukannya dalam mem­buru takhta kejuaraan musim ini.

“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Fareez bagi saingan musim ini. Meskipun musim 2020 berakhir de­ngan nota yang agak mengecewakan, namun kami perlu lihat dari sudut positif.

“Ini kerana, kami berdua berjaya membantu pasukan menjuarai kategori CP125 dan ia adalah sesuatu yang cukup membanggakan sekali gus memberi motivasi buat kami mengharungi kempen musim ini,” katanya.

Pada masa sama, YY Pang Racing Team turut me­ngumumkan barisan pelumba untuk kelas perdana CP150 terdiri daripada Mohd. Izzat Zaidi, Tengku Amirul Haffiruddin dan pelumba baharu, Khairi Asyraf Mahmood.

Sementara itu, koordinator pasukan YY Pang Racing Team, Gary Pang mengakui pasukan cukup teruja untuk mengharu­ngi Kejuaraan Cub Prix musim 2021 yang akan membuka tirai rasmi di Litar Antarabangsa Sepang pada 20 dan 21 Mac ini.

“Selepas kempen yang cukup mencabar pada tahun lalu, kini kami sangat teruja untuk bersaing pada musim ini dan motosikal yang kami bekalkan kepada pelumba sememangnya lebih baik dan kompetitif berbanding sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI