JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu di Kota Tinggi rupa-rupanya telah meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh suaminya. Kejadian yang menimpa mangsa terbongkar selepas polis menahan suami wanita itu yang berusia dalam lingkungan 40-an sehari selepas kehilangannya dilaporkan. Mangsa dipercayai dibunuh kejam dengan mayatnya dibalut dan disumbat ke dalam tong berwarna biru. Tong tersebut kemudian ditanam di dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah sama bagi melupuskan bukti. Menurut satu sumber, hasil soal siasat ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya