fbpx

United ‘tertidur’ di Selhurst Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan masalah di bahagian serangan yang gagal meledak gol ketika mereka mencatat keputusan seri keempat dalam lima perlawanan menentang Palace awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya perlukan satu cetusan semangat baharu selepas sekadar terikat tanpa jaringan menentang Crystal Pa­lace di Selhurst Park awal pagi semalam.

United sebelum ini tidak pernah gagal menjaringkan gol di Selhurst Park dan keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan peluang untuk mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini semakin tipis.

Mata yang diraih pada aksi ber­kenaan menyaksikan mereka kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Manchester City ketika kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan awal pagi Isnin ini.

“Sudah tentu ia menjadi suatu yang kami perlu beri perhatian. Aksi tanpa bolos dalam tiga perlawanan berturut-turut sepatutnya memberikan kemenangan tetapi kami gagal untuk menghasilkan satu permainan yang berkualiti.

“Kami perlu mencari semula elemen untuk mencetuskan semula kekuatan dan semangat dalam pasukan ini untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Aksi hambar yang dipamerkan United mendapat kritikan hebat bekas pemain mereka, Gary Neville yang menganggap para pemain The Red Devils ‘tertidur’ ketika perlawanan itu berlangsung.

“Ia bukan aksi yang sepatutnya dipamerkan oleh United. Tidak kira siapa yang mengemudi pasukan ini tetapi secara jujur ia adalah aksi yang paling membosankan.

“Mereka semua ‘tertidur’ dalam perlawanan itu. Ia bukan perkembangan yang baik kerana aksi sebegitu menyebabkan pesaing dalam kelompok empat pasukan yakin untuk mengatasi United.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI