fbpx

Derma darah gaya hidup sihat Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN RANI

ATAS dasar tanggungjawab dan ingin membantu orang ramai, pelakon Azhan Rani barangkali menjadi satu-satunya selebriti tanah air yang bergelar penderma darah aferesis atau penderma aktif.

Menurut Azhan, kesedaran untuk menderma darah timbul selepas dia menjaga arwah bapanya, Abdul Rani Sabri di hospital sekitar tahun 2016. Sehingga kini melakukan amalan murni tersebut telah dilakukannya sebanyak lebih 35 kali.

Namun, apa yang menariknya, pengalaman kali pertama Azhan menjadi penderma darah berlaku secara secara tidak sengaja pada tahun 2010.

“Ketika itu, saya berlakon teater Antara arahan Erma Fatima pada 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Lokasi Istana Budaya dan Pusat Darah Negara berdekatan, biasalah semasa jalani latihan teater perlu menunggu lama.

“Jadi, bagi mengisi masa saya berjalan-jalan di luar Istana Budaya dan ternampak Pusat Darah Negara, terus saya masuk dan tanya untuk menderma darah. Selepas itu lima tahun saya tidak menderma darah.

SEHINGGA kini, Azhan sudah menderma darah sebanyak lebih 35 kali.

“Kesedaran untuk menjadi seorang penderma darah secara tetap hanya timbul selepas menjaga arwah bapa di hospital dan melihat ramai orang sakit yang memerlukan darah.

“Selepas bapa meninggal dunia pada 2016, saya tidak pernah berhenti menderma darah,” kata Azhan ketika dihubungi HibGlam.

Menurut Azhan, 45, mulanya dia menjadi penderma darah penuh, tetapi kini menderma platelet darah sahaja.

Bagi menjadi penderma platelet, dia terlebih dahulu perlu menjadi penderma darah penuh dalam tiga bulan sekali secara konsisten selama sembilan bulan.

“Alhamdulillah, sejak saya konsisten menderma darah badan terasa lebih segar dan sihat. Hal ini kerana, untuk menderma darah, penderma perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat,” ujarnya.

Azhan menyeru orang ramai untuk sama-sama menderma darah kerana kesedaran di luar bandar agak kurang berbanding di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Azhan menyeru orang ramai untuk sama-sama menderma darah kerana kesedaran di luar bandar agak kurang berbanding di Kuala Lumpur. Bahkan banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh penderma darah.

“Saya tahu ramai yang takut dicucuk jarum untuk derma darah. Walhal, tidak sakit kerana semua doktor dan jururawat di Pusat Darah Negara cukup profesional. Sekarang, saya tidak perlu dibius untuk menderma darah kerana sudah biasa.

“Selain dapat membantu orang ramai, penderma darah juga dapat menikmati rawatan percuma dan diberi wad kelas satu jika masuk ke hospital kerajaan.

“Kelebihan tersebut mengikut jumlah kekerapan menderma darah, contohnya jika lebih 50 kali mereka akan dapat percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan wad kelas satu selama 10 tahun, selepas itu seumur hidup di wad kelas dua,” kongsi Azhan.

Sementara itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Azhan kini sedang menjalani penggambaran drama 23 episod berjudul Kiblat Yang Hilang untuk siaran Ramadan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI