SELEPAS beberapa nama selebriti Korea Selatan terhimpit isu sebagai pembuli ketika zaman persekolahan, kini tiba giliran Jisoo menjadi mangsa seterusnya.
Kisah Jisoo bermula apabila seorang individu tidak dikenali memuat naik dakwaan menuduh pelakon itu sebagai dalang berlakunya satu keganasan di sekolah.
Individu itu mengakui, dia dan Jisoo belajar di sekolah menengah yang sama dari 2006 hingga 2008.
Tidak terhenti di situ, muncul dua individu lain turut menceritakan pengalaman kononnya dibuli pelakon berusia 27 tahun itu dengan kata-kata kesat.
Selang beberapa hari, agensi naungannya KeyEast tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tuduhan tersebut.
“Insiden ini sedang disiasat dengan serius. Jika individu itu ke hadapan, kami mahu dengar sendiri pandangan mereka mengenai insiden ini,” tulisnya.