fbpx

Sumatera catat hampir 80 titik panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN pemadam api berusaha memadamkan kebakaran di sebuah di Kecamatan Sungai Apit, Siak semalam. - SUARA.COM

JAKARTA – Sebanyak 55 titik panas di wilayah Riau, Pulau Sumatera dikesan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) hari ini sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan), lapor portal berita Suara.com.

Kesemua titik panas itu terletak di Kabupaten Bengkalis dan Pelalawan yang masing-masing mencatatkan 11 lokasi, Siak (10), Kepulauan Meranti (8), Rokan Hilir (6), Kota Dumai (6) dan Indragiri Hilir (3).

Secara keseluruhan, sebanyak 79 titik panas dikesan di seluruh Pulau Sumatera termasuk 55 dicatatkan di wilayah Riau, satu di Sumatera Utara, Kepulauan Riau (7), Sumatera Selatan (6), Bangka Belitung (2), Lampung (1) dan Bengkulu (7).

BMKG menyatakan, pelbagai faktor menyumbang kepada titik panas tersebut termasuk suhu panas di wilayah Riau iaitu antara 23 hingga 34 darjah Celsius, pembakaran terbuka secara sengaja serta kebakaran hutan dan belukar.

Titik panas yang meningkat di wilayah Riau pula dikatakan berpunca daripada aktiviti membakar belukar dan hutan bagi membersihkan tanah untuk tujuan pertanian.

Baru-baru ini, sebuah kawasan belukar di Cagar Biosfer Giam Siak Kecil seluas hampir 110 hektar di Kabupaten Bengkalis dikatakan dibakar dengan sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pasukan pemadam api menempuh jarak antara 3 hingga 5 kilometer dengan menaiki motosikal untuk tiba ke lokasi belukar yang terbakar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI