fbpx

Cedera ditimpa alang kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk cedera pada bahu akibat terkena kayu alang selepas sebahagian bumbung rumahnya runtuh.

KULIM – Seorang penduduk cedera pada bahu akibat terkena kayu alang selepas sebahagian bumbung rumahnya runtuh akibat dihempap pokok manggis dalam kejadian ribut di Kampung Ulu Mahang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, Nurul Syafika Abd. Ghani, 22, bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selama, Perak.

Rumah didiami Nurul Syafika merupakan antara 17 rumah di Kampung Ulu Mahang, Kampung Bukit Kabu, Kampung Paya dan Kampung Cerok Kedah yang rosak dalam kejadian tersebut.

Menurut Nurul Syafika, ketika kejadian, hanya dia  dan adik lelaki, Mohamad Akmal Naim, 12 berada di rumah sementara kedua ibu bapanya keluar bekerja.

“Saya sedang duduk di lantai ruang tamu, manakala adik berada berhampiran pintu utama.

“Ketika itu berlaku hujan batu sehingga menyebabkan keadaan bunyi bising akibat ketulan ais terkena bumbung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, alang kayu bersama beberapa keping bumbung runtuh tiba-tiba runtuh dan terkena pada bahunya.

“Kami terus berlari dalam hujan lebat ke rumah nenek yang terletak kira-kira 20 meter sebelum mendapati bumbung rumah runtuh akibat dihempap pokok manggis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI