fbpx

SUKE: Kejadian diklasifikasi kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

PETALING JAYA – Insiden runtuhan jejambat dalam pembinaan projek Lebuhraya
Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam diklasifikasikan sebagai satu kemalangan jalan raya.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut kini disiasat pihak polis di bawah seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai satu kemalangan jalan raya, bukan kemalangan di tapak pembinaan.

“Walaubagaimanapun, SUKE akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan kejadian ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, pihak SUKE merakamkan ucapan takziah kepada kesemua mangsa serta keluarga dan akan bersama memantau keadaan mereka yang kini di rawat di Hospital Censelor Tunku Mukhriz Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklum balas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE di talian hotline 1 300 88 9922 atau laman sosial Facebook PROLINTAS Highways.

Kosmo! semalam melaporkan, dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek SUKE di MRR2 berdekatan dari arah Pandan Indah menghala ke Shah Alam petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka yang terselamat merupakan pemandu van yang juga seorang lelaki serta dua penumpang wanita.

Katanya, dua yang terbunuh merupakan penumpang wanita dan kesemua lima mangsa adalah warga tempatan yang dianggarkan berumur 30 hingga 45 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI