fbpx

Pusat pelacuran disebalik premis hotel diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada wanita warga asing yang ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki hidung belang dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Thambipillai, Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Tindakan licik satu sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik premis hotel di Jalan Thambipillai, Brickfields, Kuala Lumpur tidak berpanjangan apabila ia diserbu semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, serbuan dilakukan pihaknya kira-kira pukul 3.15 petang dengan kekuatan 25 pegawai serta anggota susulan maklumat dan hasil risikan yang dilakukan.

“Pemeriksaan di premis hotel berkenaan mendapati mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral dan telah melanggar garis panduan dan syarat-syarat lesen hotel.

“Dalam serbuan itu seramai 24 wanita warga asing terdiri daripada 11 Indonesia dan 11 warga Thailand yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan telah ditahan termasuk dua pekerja premis warga Vietnam,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, turut ditahan adalah empat lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis serta dipercayai turut memberikan perlindungan kepada wanita warga asing di hotel lima tingkat berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan kadar bayaran RM100 hingga RM300 dan mereka dikesan telah aktif sejak tahun lalu dan sering berselindung di sebalik premis berlesen.

“Susulan serbuan itu, pihak DBKL mengeluarkan notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan Yang Dilakukan mengikut Seksyen 29 Akta Hotel Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) selain turut menyita beberapa barangan seperti kondom, minyak pelincir dan ubat kuat,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI