fbpx

Hanya mampu lihat rumah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah di sebuah rumah di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang pagi tadi.

RANTAU PANJANG – Empat beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kubang Rambutan di sini pagi tadi.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa apabila mangsa Mek Som Saleh, 73, bersama tiga lagi anaknya tiada di rumah.

Anak mangsa, Ahmad Izham Abdullah,40, berkata, ketika kejadian ibu dan tiga adiknya bermalam di rumah kakak mereka yang terletak kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh bapa saudara, Ismail Salleh, 70, yang kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada mereka.

“Saya tinggal berasingan di dalam kampung yang sama. Ketika kejadian, api marak dengan cepat dan kami sekeluarga hanya mampu melihat dari jauh tanpa sempat berbuat apa-apa.

“Meskipun sedih, saya tetap reda kerana ibu dan adik masih terselamat dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Ahmad Izham memberitahu, buat masa ini,ibu dan tiga lagi adiknya akan menumpang di rumah kakak Hafisah Abdullah, 50.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 6.39 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI