fbpx

Rugi RM418,400 ditipu cinta jejaka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Hasrat di hati ingin mencari jodoh, tetapi dikecewakan dan menanggung kerugian RM418,400 akibat ditipu jejaka dari Perancis.

Kejadian bermula pada 22 Disember lalu apabila mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 27 tahun telah berkenalan dengan lelaki bernama Khalish.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berasal daripada Jerantut dan suspek tersebut sama-sama berkenalan menerusi aplikasi mencari jodoh, Cintaku.

“Khalish memperkenalkan diri sebagai ahli perniagaan dan menjalankan bisnes di Perancis untuk memikat wanita yang sudah tidak bekerja itu.

“Selepas berkenalan, mangsa telah menghubungi suspek melalui aplikasi Whatsapps dan pada 26 Disember lalu, Khalish memaklumkan mahu memberi hadiah berupa wang kepada mangsa,”katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memberikan nombor akaun bank untuk melakukan pemindahan wang dan arahan tersebut dituruti oleh wanita itu.

Tambahnya bagi meyakinkan mangsa, suspek menghantar gambar cek bernilai 18,000.00 Euro dan pada 27 Disember, mangsa menerima emel daripada [email protected] memaklumkan akan dibayar RM89,700.

Bagaimanapun katanya, mangsa dikehendaki membayar RM2,000 dan selepas wanita itu membayar, Khalish sering meminta wang untuk tujuan proses bagi mendapatkan hadiah dijanjikan tersebut.

“Bermula 27 Disember hingga 19 Februari lalu, mangsa telah melakukan 44 transaksi ke dalam sembilan akaun berlainan yang diberikan suspek.

“Mangsa akhirnya menyedari tertipu dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI