fbpx

Tidak perlu ulang daftar program imunisasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ciapan yang ditulis Khairy

PETALING JAYA – Orang ramai yang sudah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera tidak perlu mengulangi pendaftaran tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap pendaftaran telah direkodkan dan orang ramai akan dapat temujanji selepas berbuat demikian.

“MySejahtera sedang melakukan kemas kini untuk memaklumkan semua yang telah mendaftar. Tunggu makluman. Jangan daftar semula.

“Yakinlah percubaan pertama anda mendaftar telah direkodkan. Temujanji diberi berdasarkan pertama kali anda mendaftar,” katanya melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Semalam Netizen mempersoalkan sama ada mereka yang telah mendaftar awal Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera perlu mendaftar semula.

Ia ekoran terdapat makluman berbentuk baharu mengenai mereka yang telah disahkan pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera.

Perkara itu dianggap tidak adil jika mereka yang telah awal-awal mendaftar perlu mendaftar semula untuk mendapatkan temujanji. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI