fbpx

Roket Starship meletup selepas mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan pelancaran prototaip Starship SN10 di fasiliti SpaceX dekat Kampung Boca Chica di Brownsville, Texas kelmarin. - AFP

WASHINGTON – SEBUAH roket tanpa manusia milik SpaceX meletup di atas tanah selepas berjaya melakukan penerbangan dan pendaratan semalam.

Ia adalah kegagalan ketiga melibatkan roket prototaip Starship. SpaceX merancang menggunakan roket itu untuk perjalanan ke Planet Marikh.

Dua ujian penerbangan sebelum ini berakhir dengan roket tersebut terhempas.

“Pendaratan yang lembut dan cantik,” kata pengulas SpaceX dalam siaran langsung penerbangan ujian tersebut.

Bagaimanapun, roket itu meletup beberapa minit kemudian dan berkecai.

SpaceX tidak memberi maklum balas tentang kejadian itu.

Pengasas SpaceX, Elon Musk sedang membangunkan roket Starship generasi seterusnya untuk menghantar manusia ke Marikh.

Prototaip terbaharu itu yang dinamakan SN10 atau nombor siri 10, dilancarkan dari Boca Chica, Texas.

Dua prototaip lain (SN8 dan SN9) terhempas semasa mendarat,  masing-masing pada Disember 2020 dan awal Februari lalu.

Selain Marikh, roket itu juga dirancang untuk kegunaan ke Bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI