fbpx

Lelaki Vietnam dicari bantu siasatan kes kematian rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Phan Tien Ngoc

KLUANG – Seorang warganegara Vietnam dikehendaki bagi membantu kes siasatan kematian rakan senegaranya yang dipercayai ditikam dengan pisau di Kampung Yap Tau Sah, Kluang pada 26 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng, mangsa berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.10 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang sedang memburu seorang individu yang dikenali sebagai Phan Tien Ngoc, 38, seorang warganegara Vietnam.

“Suspek dikehendaki bagi membantu Siasatan kes 302 Kanun Keseksaan di Kampung Yap Tau Sah, Kluang,”katanya.

Hang Seng berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan bolehlah menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan.

“Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan demi menjaga kedaulatan undang-undang negara dan kesejahteraan masyarakat khususnya di negeri Johor dan Malaysia secara amnya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI