fbpx

The Girl on the Train versi Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTER filem The Girl on the Train.

NASKHAH The Girl on the Train pernah dibikin Hollywood pada 2016 dengan judul sama. Tunjang utama ketika itu, Emily Blunt yang dijulang tinggi kerana keberkesanan melakonkan watak Rachel Watson, seorang wanita yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan perkahwinan porak-poranda.

Melalui watak berkenaan, Blunt menerima beberapa pencalonan dalam anugerah berprestij termasuk British Academy Film Awards dan Screen Actors Guild Awards untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Tahun 2021, giliran Bollywood pula membikin semula kisah yang diangkat daripada novel terlaris nukilan novelis tersohor Britain, Paula Hawkins tersebut. Berbaloi atau tidak filem versi Hindi tersebut ditonton? Itu persoalannya.

Secara peribadi, penulis tidak gemar dengan karya bikin semula. Seperti karya Train to Busan yang dikatakan akan ada versi remake Hollywood. Begitu juga dengan karya tempatan Projek Anchor SPM yang meniru idea filem Thailand, Bad Genius.

Dari segi perkembangan karakter, naratif, unsur suspens atau thriller, tidak banyak yang boleh dibanggakan.

MASIH dengan kisah wanita ketagih alkohol dan masalah jiwa, The Girl on the Train versi Bollywood tetap sebuah karya yang tidak terlalu mengecewakan.

Berkecamuk

Jalan cerita The Girl on the Train kali ini agak meleret dan berkecamuk di­sebabkan teknik imbas kembali yang acap kali divisualkan. Hal tersebut membuatkan tumpuan penonton terganggu untuk menghabiskan durasi dua jam.

Bercakap tentang kualiti lakonan, watak Mira Kapoor lakonan Parineeti Chopra agak bagus cuma kurang berbekas. Masakan tidak, dia menjayakan watak yang sebelum ini pernah dijayakan dengan cemerlang oleh Emily Blunt.

Watak-watak sampingan lain seperti Nusrat John dan Inspector Dalbir Kaur Bagga juga tidak terlalu menonjol.

PARINEETI tidak mampu membuang bayangan Emily Blunt untuk watak Mira.

Se­nang cerita, sehabis tontonan, tidak ba­nyak perkara yang berbekas dalam ­minda.

Mungkin pengarah terlalu terikat de­ngan templet versi Hollywood yang terlebih dahulu menarik perhatian penonton sekitar 2016. Mungkin juga itu sekadar pendapat peribadi penulis, namun semjuanya terpulang kepada cita rasa penonton untuk menghakimi karya berkenaan.

Apa yang penting, jika sudah nama­nya filem Bollywood, sesebuah karya memang tidak boleh lari daripada adegan tarian dan melodi mengasyikkan.

Itu satu perkara yang boleh dijanjikan dalam filem berkenaan walaupun menghidangkan elemen suspens sebagai asas penceritaan.

MENGAMBIL alih watak yang pernah dijayakan Emily Blunt barangkali menyukarkan Parineeti untuk memberikan sebuah persembahan tahap cemerlang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI