“Bukan sahaja cantik, suara pun sedap.”
Demikian pujian netizen terhadap nyanyian pelakon cantik Hannah Delisha dalam video terbaharu Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Terkejut juga Mizz Lahar ketika menonton video tersebut kerana tidak menyangka pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu salah seorang daripada empat selebriti yang mendendangkan medley lagu-lagu finalis AJL35.
Dalam video tersbeut, Hannah tidak keseorangan kerana dia turut bergandingan dengan Azmi Caliph Busker, Raysha Rizrose dan Dean Eiman.
Hannah yang menyanyikan beberapa buah lagu itu mendapat perhatian dan dipuji netizen dek kelunakan vokalnya.
Ramai juga yang terpegun mendengar nyanyian isteri Imam Shah itu mendendangkan lagu Gila nyanyian asal, Kaka Azraff, Noki dan Loca B.
Tidak dinafikan memang merdu sangat nyanyian Hannah, sehingga Diva boleh terlupa siapa penyanyi asal lagu tersebut.
Untuk netizen yang habis terkesima, Diva nak cakap sikitlah, Hannah sebenarnya bukan sekadar pelakon, dia seorang penyanyi dan telah mengeluarkan beberapa single sendiri.
MIZZ LAHAR: Harap Andi Bernadee sudah sembuh daripada sihir. Takut pula dengar apabila ramai artis yang menjadi mangsa hasad dengki manusia berhati busuk.