fbpx

Cavani kecewakan Leeds, pilih Benfica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI (kiri) lebih tertarik dengan tawaran Benfica berbanding apa yang ditawarkan oleh Leeds. - AFP

PARIS – Hasrat Leeds United untuk mendapatkan penyerang Uruguay, Edinson Cavani lebur selepas pemain itu dilaporkan semakin hampir menyertai kelab Portugal, Benfica.

Sebelum ini, Pengerusi Leeds, Andrea Radzrizzani sedia untuk membawa masuk nama besar bagi meraikan kejayaan kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Bagaimanapun, perpindahan ke Elland Roads dilihat mustahil ketika ini kerana bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu lebih tertarik dengan tawaran Benfica.

Benfica yang juga naib juara Liga Portugal mampu menawarkan saingan Liga Juara-Juara kepada penyerang berusia 33 tahun itu selain gaji £200,000 (RM1.09 juta) seminggu.

Difahamkan, penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG itu sudah bersetuju dengan tawaran Benfica dan sedia untuk menandatangani kontrak selama dua tahun.

Dalam pada itu, abang kepada Cavani yang juga bertindak sebagai ejen, Walter Guglielmone didakwa sudah melakukan rundingan dengan Benfica dan ia berakhir dengan positif.

Presiden Benfica, Luis Filipe Vieira dikatakan merestui perpindahan Cavani ke Stadium Da Luz apabila beliau sendiri turut terlibat dalam beberapa perjumpaan sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI